Kisah Para Nabi: Pengajaran & Iktibar #(Q17)

Write a review
RM75.00
Ask a question
9789834418335
Out of stock
Tajuk: Kisah Para Nabi: Pengajaran & Iktibar
ISBN: 9789834418335
Penerbit: Nadi Minda Resources
Penulis: Ustaz Johari bin Yaman
Tahun Terbitan: 2016
Muka Surat: 986
Halaman: Hitam Putih
Format: Hardcover
Berat (kg): 1.40
Dimensi (cm): 23.4 x 17x 5.2
 
"Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu (menurut agama Allah yang satu,tetapi setelah mereka berselisihan)
,maka allah mengutuskan para nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman dengan balasan syurga) 
dan memberi amaran (kepadan orang-orang yang ingkar dengan balasan azab neraka) dan allah menurunkan bersama para nabi
itu kitab-kitab suci yang (mengandungi keterangan-keterangan )benar,untuk menjalankan hukum antara mengenai apa yang 
mereka perselisihkan..." (Surah al-baqarah 2:213)
 
Buku ini merupakan sebuah buku yang telah diterjemahkan daripada sebuah kitab berbahasa Arab iaitu Qisasul Anbiya Ibratul li ulil Albab ( Kisah Para Anbiya- Peringatan Bagi Orang Yang Berakal.

Kisah yang dipaparkan dalam buku ini bermula daripada kisah kehidupan Nabi Adam as sehingga kehidupan Nabi Isa as.


Turut dimasukkan juga sejarah beberapa kehidupan para Nabi daripada golongan Bani Israil yang lain seperti Nabi Hazqil as, Nabi Khidir as, Nabi Daniel as dan lain-lain.


Keistimewaan Buku Ini:


a) Kupasan yang terperinci disertakan dengan maksud bagi ayat-ayat Al-Quran yang berkaitan dengan kisah-kisah para nabi dan rasul.


b) Dimasukkan hikmah dan pengajaran penting bagi setiap kisah yang dipaparkan.


c) Ditambah dengan penerangan berkaitan pengertian nabi dan rasul, bilangan para nabi dan rasul, tugas para nabi dan rasul serta lain-lain lagi.


Antara Kisah Yang Menarik Terdapat Dalam Buku Ini:

  • Kisah Penciptaan Nabi Adam as
  • Kisah Banjir Besar Pada Zaman Nabi Nuh as
  • Kisah Nabi Musa as Dengan Firaun
  • Kisah Nabi Ibrahim as Menyembelih Nabi Ismail as
  •  Kisah Nabi Yunus as Yang Ditelan Ikan Nun
  •  Kisah Nabi Sulaiman as Dengan Puteri Balqis
  •  Kisah Nabi Isa as Yang Boleh Berkata-Kata Semasa Masih Bayi
  • Dan pelbagai lagi kisah yang penuh dengan pengajaran dan tauladan.

 

Buku ini sangat sesuai bagi semua golongan dalam usaha untuk lebih mengenali para nabi yang diutuskan Allah swt dan perjuangan mereka. Mengenali para nabi bagi meningkatkan keimanan kita kerana kita wajib mengenali 25 Nabi dan Rasul. Adakah kita semua dan ahli keluarga kita telah mengenali dan mengingati nama dan sirah nabi-nabi tersebut. Sudahkah kita menjalankan tangungjawab kita dan ahli keluarga kita untuk mengenali nabi-nabi tersebut.Manfaatkan buku ini sebagai sebuah buku yang membantu anda semua mengenali Para Nabi kekasih Allah dengan lebih dekat lagi. Insyaallah.
 
 

No reviews found