Kisah-Kisah Tidak Sahih Di Meja Penceramah (L165,G19,Y43)

Write a review
RM27.00
Ask a question
978-967-481-633-9
Out of stock

Tajuk: Kisah-kisah Tidak Sahih Di Meja Penceramah
ISBN: 978-967-481-633-9
Penerbit: PTS
Penulis: Dzulkhairi MD Noor
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: 336
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg): 0.5 kg
Dimensi (cm): 22.7 x 15.3 x 1.6

 

Mengkaji Bukan Untuk Merendahkan, Tetapi Demi Kebenaran dan Keyakinan.

Sekarang adalah zaman fitnah.

Begitu banyak kisah-kisah yang disebarkan dalam masyarakat bahkan di meja-meja penceramah. Kisah yang dikaitkan dengan sirah nabi dan para sahabat.

Kisah ini menarik. Punya ibrah.

Tetapi, adakah kisah itu benar-benar berlaku.

Buku “Kisah-kisah Tidak Sahih di Meja Penceramah” ini ditulis bagi membawa ummat Islam supaya menjadi ummat yang berfikir dan menilai sesuatu dengan teliti dan halus.

Kita perlu tidak terus menerima segala fakta yang bersepah di media sosial tanpa ada kesedaran ilmiah.

- Kalimah "UMMATI" sebelum Rasulullah s.a.w. wafat
- Kisah penderhakaan Al-Qamah Terhadap Ibunya
- Adakah umat Islam Berpuasa Ketika Perang Badar?
- Kisah Imam Malik dan Pemandi Jenazah Perempuan

Kisah-kisah ini disandarkan kepada Rasulullah s.a.w. dan para sahabat serta salafussoleh. Kisah-kisah ini didatangkan dengan pelbagai versi bertujuan bagi mendatangkan pengajaran dan amalan kepada pendengar. Walhal, kisah-kisah ini, sebahagian besarnya bertaraf lemah, malahan ada yang sampai ke peringkat palsu. Taraf lemah atau palsu ini ditetapkan berdasarkan piawaian penilaian para ulama yang disebutkan di dalam buku ini.

Penilaian itu diberikan secara lengkap dan terperinci untuk bacaan pembaca secara terbit dan teliti.

Mudah-mudahan, buku ini menjadi pencetus supaya kita mempelajari kisah yang sahih bersumberkan riwayat muktabar dan diperakui. Di samping menjadikan perbincangan ini, perbincangan yang ilmiah berkenaan kisah-kisah yang kita dengar dari pelbagai sumber walhal ia ada perselisihan para ulama.

 

SINOPSIS

Menceritakan mengenai kisah-kisah nabi, sahabat dan ulama terdahulu yang perlu disemak semula kesahihannya. Menariknya, kisah-kisah tersebut popular dan selalu diulang kali dalam ceramah. Setiap kisah yang didatangkan di dalam buku ini akan disertakan sekali dengan hujah, dalil, pendapat ulama menyatakan bahawa kisah-kisah tersebut adalah tidak sahih.

 

ISI KANDUNGAN

  1. ​Kisah Rasulullah s.a.w. Dianiaya Oleh Jiran Yahudi
  2. Kisah Penderhakaan Alqamah Terhadap Ibunya
  3. Kisah Pertarungan Antara Rasulullah s.a.w. Denngan Rukanah Bin Abd Yazid
  4. Adakah Umat Islam Berpuasa Ketika Perang Badar?
  5. Kisah Tha’labah Bin Abd Al-Rahman
  6. Umar r.a. Berhijrah Secara Terang-terangan?
  7. Kisah Wanita yang Taatkan Sumai
  8. Kisah Hindun Melapah Hati Hamzah
  9. Usia Ummu Al-Mukminin Khadijah
  10. Kisah Umar Al-Khattab r.a.Menanam Anak Perempuannya
  11. Kalimah Ummati (Umatku) Sebelum Rasulullah s.a.w. Wafat
  12. Kisah Umar Al-Khattab Dimarahi Isterinya
  13. Kisah Pemberontakan Abu Sufyan r.a.
  14. Fitnah Terhadap Uthman Bin Al-Affan r.a.
  15. Kisah Al-Hassan Al-Basri Dengan Rabi’ah Al-Adawiyah
  16. Kisah Taubat Malik Bin Dinar
  17. Kisah Rabi’ah Al-Adawiyah dan Bapanya
  18. Kisah Imam Malik dan Pemandi Jenazah Perempuan
  19. Syair Abdullah bin Al-Mubarak Kepada Fudayl Bin ‘Iyad
  20. Kisah Perebutan Perisai Antara Ali r.a. Dengan Zimmi (Yahudi)

 

PENULIS

Mohd Dzul Khairi bin Mohd Noor. Berkelulusan Usuluddin, pengkhusus al-Quran dan Hadith, Universiti Malaya. Beliau merupakan Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Usuluddin Malaysia. Beliau juga telah menulis beberapa karya fizikal dan buku digital antaranya:-

1. Persoalan Dalam Solat (3 jilid)
2. 70 Isu Unik Tentang Solat Sunat yang Harus Anda Ketahui
3. Bacaan-bacaan Pelik dan Ganjil Dalam Solat
4. Rahsia di Sebalik Nama
5. Rahsia Tulisan al-Quran
6. Bimbingan Para Solihin
7. 111 Soal Jawab Fiqh Ramadhan

No reviews found