===========================
ISBN-13: 978-983-097-671-6
Jumlah Muka Surat: 256
Berat (Kg): 0.370
===========================
Buku ini terbahagi kepada dua bahagian: Bahagian pertama membawakan lebih 40 hadis yang menyebut tentang tanda-tanda kecil kiamat yang sudah banyak kelihatan dan berlaku pada akhir zaman ini. Pembukuan 40 hadis akhir zaman ini bukanlah untuk menakutkan bahkan ia bertujuan untuk menambahkan keyakinan dan sebagai panduan juga harapan agar kita berada di jalan yang benar.
Antara isu yang dibincangkan ialah: Golongan anti hadis, Bahaya kemewahan, Budaya rasuah berleluasa, Peperangan demi peperangan dan Bermegah-megah dengan bangunan masjid.
Manakala Bahagian kedua pula memaparkan kronologi kejadian harikiamat daripada sebelum kemunculan Dajjal sehingga ia muncul dan dibunuh.
No reviews found