===========================
Format: Kulit Tebal
ISBN-13: 9789674090722
Format: Kulit Tebal
ISBN-13: 9789674090722
Tahun Terbit: Disember 2016
Jumlah Muka Surat: 1465
Berat (kg): 1.942
Penulis: Maulana Muhammad Zakaria Al-Kandahlawi
Penerbit: Crescent News (K.L.) Sdn Bhd
===========================
Sinopsis
Membelanjakan harta kerana cinta kepada Allah SWT, maksudnya mengeluarkan hartanya itu didasarkan kerana hendak mendapatkan cinta dan keredhaan Allah SWT, bukan untuk mencari nama besar atau kehormatan dunia Tujuan yang salah seperti itu dapat menyebabkan kebajikannya menjadi musnah bahkan dapat menjadi dosa. Walaupun dia telah membelanjakan hartanya, namun di sisi Allah SWT tidak mendapatkan pahala, bahkan mendapatkan dosa.

Rasulullah SAW bersabda, "Allah SWT tidak memandang kepada rupa paras atau harta kamu, namun memandang kepada amalan- amalan kamu dan kalbu kalbu kamu (niat kamu)"
Rasulullah SAW suga bersabda, "Aku sangat takut kepada syrik asghar (syirik kecil) yang berlaku pada diri kamu". Para sahabat bertanya."Wahai Rasulullah SAW, apakah syirik asghar itu?" Rasulullah SAW menjawab, "Beramal untuk menunjuk-nunjukkan kepada orang (riyak).
Dewasa ini, kaum muslimin telah mempunyai pandangan yang keliru dengan hakikat harta dan apa yang harus diperlakukan terhadap kumia Allah SWT, berupa harta. Harta itu bukanlah untuk disimpan sebagai milik sendiri, tetapi harus dibelanjakan pada Jalan Allah. Sekalipun menyimpan harta masih dapat diperbolehkan dalam agama tetapi terdapat banyak kewajipan yang harus ditunaikan di dalamnya dan bagaimana akibatnya pada hari hisab kelak.
Mudah mudahan dengan membaca buku ini akan diberi kefahaman tentang kedudukan harta, sebab dan akibat mereka yang bakhui juga kisah orang-orang yang gemar membelanjakan harta di jaan Allah SWT dan kisah hidup orang-orang zuhud. Selamat membaca!
No reviews found