Kerugian Dunia Akibat Kemunduran Umat Islam

Write a review
RM40.00
Ask a question
Price in points: 40 points
In stock
+

SINOPSIS

Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini generasi muda umat Islam semakin melupakan sejarah kegemilangan empayar khilafah Islam suatu ketika dahulu. Segala kemajuan dan kemegahan empayar-empayar khilafah Islam terdahulu membuktikan bahawa umat Islam bukanlah umat yang lemah dan mudah ditindas sepertimana yang berlaku pada hari ini.

Jadi, mengapa umat Islam sekarang tidak mampu menjadi sepertimana dahulu dan apakah sejarah kegemilangan ini akan berulang kembali? Bagi memastikan masa hadapan umat Islam pada kembali menyerlah, generasi muda yang bakal mengambil-alih tempat pemimpin hari ini seharusnya mempelajari dan menghayati sejarah di samping mempersiapkan diri dengan penguasaan pelbagai bidang ilmu.

Justeru, buku ini merupakan pilihan yang sangat ideal dalam membantu generasi muda memahami dan menguatkan semangat mereka untuk kembali mengangkat martabat Islam di mata dunia. 

Buku ini bukan semata-mata membincangkan tentang kelemahan umat islam, malah turut menyajikan pembacanya dengan pelbagai fakta menarik mengenai sejarah dan faktor kebangkitan negara-negara Barat daripada zaman kegelapan.

Pernahkah kita terfikir bagaimana negara Barat mampu mencapai kemajuan yang sangat pantas dan menjadi perintis kepada dunia moden?

Apakah sebab yang membuatkan mereka dapat menjadi kuasa besar dunia?

Seperti yang termaktub dalam sejarah, negara barat suatu ketika dahulu pernah berada dalam cengkaman gereja yang menolak perkembangan ilmu. Jadi bagaimana mereka dapat melepaskan diri lalu memimpin dunia dalam bidang teknologi dan sains?

Kemajuan negara Barat yang sangat memusuhi umat Islam mengakibatkan negara-negara Islam menerima kesan buruk yang sangat besar sepertimana yang berlaku terhadap Iraq, Afghanistan, Palestin, dan lain-lain. Malah, tiada negara-negara Islam yang mampu untuk menjadi salah sebuah negara besar dunia yang dapat menyuarakan keadilan sejagat di peringkat antarabangsa.

Akibatnya, segala kezaliman dan penindasan yang berlaku kepada umat Islam di seluruh pelosok dunia tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya. Jadi, apakah solusi kepada segala permasalahan ini?

Bagaimanakah cara bagi negara-negara Islam khususnya negara-negara Arab untuk merampas tampuk kepimpinan dunia serta mengembalikan semula kegemilangan khilafah Islam?

Mengapakah negara-negara Barat tidak boleh dibiarkan menjadi pemerintah dunia?

Segala jawapan bagi persoalan-persoalan tersebut telah dibincangkan secara tuntas dan terperinci dalam buku ini.

Selamat membaca!

No reviews found