Format: Paperback
Saiz: 6" x 8.3”
ISBN-13: 9789832423171
Jumlah Muka Surat: 160
Berat (Kg): 0.22
===========================
Ukhuwah sangat sinonim dengan perkataan kasih sayang dan cinta. Ia mampu menggerakkan kita untuk saling membantu, menasihati, memperingati, bertolak ansur dan bermaafan sesama saudara semuslim dengan rela tanpa paksaan! Luar biasa bukan?
Buku tulisan anak muda, Wan Nadzipah Maharah ini mampu membuatkan hati pembaca berbunga-bunga bahagia kerana diizinkan Allah swt. merasai kemanisan nikmat ukhuwah. Gaya penulisan beliau tentang ukhuwah sangat mudah untuk difahami dan dipraktikkan oleh kita..
"Dan orang-orang yang bertakwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke syurga beramai-ramai" (Az-Zumar:73)
Bermula dengan memperkenalkan makna sebenar ukhuwah, buku ini juga membawa pembaca merasakan pentingnya ukhuwah dalam kita menelusuri kehidupan di dunia yang penuh cabaran, fitrah atau sunnatullah pahit manis sebuah ukhuwah, kisah-kisah sirah tentang ukhuwah yang boleh diambil pengajaran, peringkat-peringkat ukhuwah, perkongsian pengalaman dan tips bila berhadapan virus-virus serta ke mana akhirnya ukhuwah mampu membawa kita?
Nikmat ukhuwah ini adalah hadiah daripada Allah swt. buat kita yang bergelar muslim. Jadi seharusnya ia dimanfaatkan dengan niat untuk menggapai redha Allah. Kerana Manisnya Ukhuwah, semoga membuat kita semua berpimpin tangan menuju syurgaNya.
No reviews found