=========================
Format: HardcoverISBN: 978-983-097-435-4
Tarikh Terbit: 31 Dec 2013
Jumlah Muka Surat: 220
Berat(kg) : 0.85
==========================
KENAL UNTUK CINTA: BIOGRAFI LENGKAP RASULULLAH SAW yang diterjemah dan dikemaskini daripada karya asal Tarikh al-Hawadits wa al-Ahwal an-Nabawiyyah.
Lengkap berwarna berserta gambar-gambar yang menarik bagi mengetengahkan serba-serbi maklumat tentang keperibadian dan kronologi perjalanan kehidupan Baginda Rasulullah SAW. Pembaca akan dapat 'melihat' kehidupan sebenar Baginda sejak awal kelahiran sehingga kewafatannya. Buku ini penting agar setiap pembaca dapat mengenali lebih rapat dengan Baginda dan menambah rasa cinta terhadapnya.
Buku ini padat dengan ilmu mengenai Baginda s.a.w yang adakalanya jarang kita dengar dan dapati dalam kitab-kitab Sirah. Pada asalnya, pengarang Prof. Dr. Syed Muhammad bin Alawi al-Maliki menulis kitab ini kerana memperhatikan bahawa kitab-kitab sirah mengenai Nabi Muhammad s.a.w semakin kurangnya kesungguhan karya-karya tersebut ditelaah. Dalam pengenalan beliau mengenai kitab ini, beliau mengumpulkan maklumat peribadi Nabi Muhammad s.a.w secara ringkasan agar umat Islam tidak terlepas peluang mengenal Rasul Junjungan s.a.w mereka.
“Termasuk di dalam sesuatu yang paling perlu dan paling wajar untuk diketahui dan diberitahu tentangnya dan ditumpukan usaha padanya ialah perbicaraan tentang ilmu-ilmu yang berkaitan dengan kenabian dan sifat-sifat yang berkaitan dengan Nabi Muhammad s.a.w.”
BIODATA PENGARANG
Buku ini merupakan terjemahan sebuah kitab yang dikarang oleh seorang ulama besar dunia Islam, iaitu al-Alim al-Allamah al-Musnid al-Muhaddits al-Arifbillah, Prof. Dr. Syed Muhammad bin Alawi al-Maliki al-Hasani al-Maliki. Kitab asal tersebut berjudul, Tarikh al-Hawadits wa al-Ahwal an-Nabawiyah yang juga bermaksud ‘Tarikh Peristiwa-peristiwa dan Hal-hal Kenabian.’
Prof. Dr. Syed Muhammad bin Alawi al-Maliki yang juga dikenal sebagai Buya Maliki adalah seorang ulama Ahli Sunnah wal Jamaah yang lahir di Mekah, berketurunan Ahlul Bait. Keluarga beliau adalah keluarga ulama dan 7 keturunan mendahului beliau adalah ulama besar pada zaman mereka.
Beliau tersohor kerana keilmuan tinggi dan memiliki budi perkerti yang mulia serta menghasilkan ramai ulama di kalangan anak-anak muridnya. Antara yang mendapat didikan beliau adalah Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam al-Maliki an-Nadwi al-Banjari dan Dato’ Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al-Maliki as-Sanusi.
No reviews found