Save 25%

[Kawah] Manikam Budi: Yang Memerihalkan Kebijaksanaan Budaya Melayu. Oleh Faizal Tehrani

Write a review
Old price: RM25.00
RM18.75
You save: RM6.25 (25%)
Ask a question
Price in points: 19 points
In stock
+

Manikam Budi: Yang Memerihalkan Kebijaksanaan Budaya Melayu merupakan sebuah karya akademik Faisal Tehrani, yang menumpukan kepada persoalan akal budi Melayu dan perinciannya dalam teks tradisional. Menurut penulis, kebalikan daripada budi itu tentulah badi. Justeru akal budi adalah ikhtiar yang baik untuk mencapai kesejahteraan masyarakat; keterbalikannya, yakni akal badi pula adalah ikhtiar yang buruk dan merupakan tipu daya. Syahdan, ini bermakna akal budi Melayu adalah perihal kecerdikan atau kebijaksanaan Melayu sementara akal badi Melayu adalah perihal tidak semenggahnya Melayu. Buku ini menyajikan kupasan yang segar mengenai akal budi Melayu dengan menyasarkan perkataan ‘bijak’. Pantun dan metafora lain seperti peribahasa telah dijadikan sandaran pembuktian kehebatan kebijaksanaan Melayu ini. Akal budi melawan akal badi boleh dijadikan asas pertimbangan bagaimana untuk berkelakuan dengan baik melawan sebarang bentuk penipuan yang membawa kepada kemudaratan.

No reviews found