Tajuk: Karya Agung: SULALAT AL-SALATIN
ISBN: karya-agung-sulalat-alsalatin
Penerbit: Yayasan Karyawan
Penulis: Tun Sri Lanang
Tahun Terbitan: 2017
Muka Surat: 338
Format: Hardcover
Halaman: Hitam Putih & Berwarna
Berat (kg): 0.75 kg
Dimensi: 23 cm x 15.5 cm x 2.7 cm
--
Sulalat al-Salatin atau Sejarah Melayu telah dimartabatkan sebagai warisan dunia oleh UNESCO pada tahun 2012. Pengiktirafan tersebut merupakan satu pengiktirafan kepada karya agung Melayu di dalam bidang kesusasteraan Melayu tradisi. Karya agung ini merupakan satu-satunya sumber yang meriwayatkan kesultanan Melaka sebagai kemaharajaan maritim yang terawal pada abad ke-15 dan ke-16.
Tun Seri Lanang sebagai pengarang karya agung ini telah meriwayatkan tentang kesultanan Melaka, tetapi juga kesultanan Johor, Pahang, Terengganu, Aceh, Rokan, Pasai, Kampar, Brunei, Sulawesi, Bentan, Temasek dan lain-lain. Kesultanan Melaka adalah sebuah kemaharajaan yang besar lagi berpengaruh pada zaman itu. Kebijaksanaan pengarang juga telah memperlihatkan bahawa kesultanan Melaka juga setanding dengan kemaharajaan China, Benua Kalinga, Siam dan Majapahit.
Teks-teks yang dikenali sebagai Sejarah Melayu atau Sulalat al-Salatin ini telah melalui beberapa zaman, dan oleh itu dianugerah dengan sejarahnya sendiri pula. Karya yang ditulis mungkin dalam bentuk yang lebih dasar, misalnya senarai dan salasilah raja, seperti kata Linehan (1947) dan Roolvink (1967) (yang dibayangkan oleh salasilah pendek seperti naskhah Maxwell 105, di Royal Asiatic Society, London), di negeri Melaka pada zaman kerajaan Melayu Melaka, kemudiannya berkembang se hingga menjadi sebuah sejarah yang lengkap di Johor. Sejak itu karya ini telah menempuh beberapa tahap perkembangan pula. Naskhah asal karya ini telah pun disalin beberapa kali di Johor, bukan saja kerana ini merupakan karya penting yang diperlukan oleh istana untuk merujuk salasilah raja dan kerabatnya, tetapi telah menjadi suatu budaya bahawa teks yang baik diperbanyak untuk pembacaan dan simpanan khalayak yang lebih besar.
Karya yang ditulis di Johor ini bertarikh 1612, amat penting dan dari awal lagi dikagumi kerana kandungan, bahasa dan seni persembahannya. Namun demikian sebuah karya Melayu ditam bah, dikurang, diperbesar atau dikecilkan sewaktu proses pe nyalinan dilaksanakan. Dan kita melihat bahawa ada bebe rapa versi dengan perbezaan, setengah-setengahnya cukup besar, yang lain pula agak kecil sifatnya.
No reviews found