(KARYA AGUNG) RISALAH ISKANDAR SYAH

Write a review
RM150.00
Ask a question
Price in points: 150 points
In stock
+

Risalah Iskandar Syah - Karya Sultan Iskandar Shah, Sultan Perak.

Biografi Sultan Alang Iskandar Shah
Pengarang kitab Risalah Iskandar Syah ialah Sultan AlangIskandar Shah yang memerintah di antara tahun 1918 hingga 1938 iaitu Sultan Negeri Perak Darul Ridzuan yang ke-30. Nama penuh baginda ialah Raja Alang Iskandar ibni Almarhum Sultan Idris Murshidul A'zam Shah yang memerintah di antara tahun 1918 hingga 1938. Dari segi susur galur keturunan, para sultan negeri Perak adalah waris kepada kesultanan Melayu Melaka yang jatuh pada tahun 1511. Selepas serangan Portugis, Sultan Mahmud Shah berundur ke Kampar di Sumatera dan mangkat di sana pada tahun 1528. Baginda meninggalkan dua orang putera iaitu Sultan Alauddin Riayat Shah II (1528-1564)yang mengasaskan kesultanan Johor-Riau-Lingga dan Sultan Muzaffar Shah I yang dijemput ke Perak untuk menjadi sultan pertama di sana dan bergelar Marhum Tanah Abang.Tanah Abang yang bermakna Tanah Merah ialah kawasan yang dikenali sebagai Teluk Bakong pada hari ini. Ketika Sultan Muzaffar berangkat dari Kampar menuju ke Tanah Abang untuk ditabalkan, kapal baginda tersangkut di Beting Beras Basah di kuala Sungai Perak.






No reviews found