Tajuk: KARYA AGUNG : Hikayat Misa Melayu
ISBN: 978-983-9510-19-5
Penerbit: Yayasan Karyawan
Karangan : Raja Chulan Ibni Raja Hamid
Tahun Terbitan: 2015
Muka Surat: 222
Format: Hardcover
Halaman: Hitam Putih & Berwarna
Berat (kg): 0.96 kg
Dimensi: 23.6 cm x 15.7 cm x 4 cm
SINOPSIS
Hikayat Misa Melayu merupakan hasil karya Raja Chulan ibni Raja Abdul Hamid ibni Yang DiPertuan Muda Raja Mansur Shah dan dihasilkan sewaktu zaman pemerintahan Sultan Perak ke 15, Sultan Iskandar Dzulkarnain pada tahun 1754 hingga tahun 1764.
Misa Melayu menceritakan mengenai sejarah dan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam kesultanan Perak dan ditulis mengikut tertib dan kronologi peristiwa-peristiwa tersebut. Karya ini juga memperincikan perihal kehidupan masyarakat di negeri Perak serta amalan tradisi dan adat istiadat yang diamalkan. Disebabkan itu Misa Melayu termasuk dalam genre sastera sejarah. Karya agung ini telah dikaji oleh ramai sarjana seperti R.O Winstedt (1919), Buyong Adil (1972), B.W. Andaya (1979), P.Sullivan (1982), Ahmad Fauzi Mohd Basri (1992), Abdullah Zakaria Ghazali (1994), A.Ceridwen (2001), Arbai’yah Mohd Noor (2011) dan Mardiana Nordin (2011).
Para sarjana yang mengkaji karya ini mempunyai pandangan yang berbeza berkenaan makna ‘Misa’ yang menjadi judul hikayat tersebut. W.E.Maxwell pada 1878 menyatakan judul tersebut berkemungkinan daripada pengaruh kisah Misa Jawa yang sudah terkenal di Perak sewaktu Hikayat Misa Melayu dikarang. Dalam kisah-kisah dari Jawa, ‘Misa’ membawa maksud suatu gelaran pembesar dalam masyarakat Jawa yang dihormati. Menurut J.M Echols dan Hassan Shadily pula dalam An Indonesian English Dictionary menyatakan bahawa “Misa” membawa maksud Agung ataupun Besar. Ini bertepatan dengan Hikayat Misa Melayu yang menceritakan keagungan dan kebesaran raja-raja Melayu terutamanya Sultan Iskandar Dzulkarnain.
Antara yang disentuh dalam hikayat ini ialah berkenaan struktur sistem ekonomi, struktur politik, perlantikan serta pemberian gelaran kepada para pembesar, pentadbiran kerajaan negeri, kesenian dan adat istiadat yang diamalkan pada waktu tersebut. Hikayat ini bukan sekadar meriwayatkan persejarahan Melayu Perak, ianya juga merupakan lambang yang bermakna kepada orang Melayu.
No reviews found