KAPUR KASUT VS KAPUR TULIS : KOLEKSI 50 KISAH ALAM PERSEKOLAHAN OLEH ZONAN VILLA [RAK 85]

Write a review
RM29.00
Ask a question
Price in points: 29 points
In stock
+

Koleksi 50 pengalaman alam persekolahan di dalam buku ini bukan semata-mata rakaman kenangan yang sekadar bernostalgia. Terkandung di dalamnya pengajaran, motivasi, inspirasi malah teladan dan sempadan kepada semua peringkat pembaca.


Penulis-penulis yang berkolaborasi dalam projek ini terdiri daripada pelbagai latar belakang. Mereka secara keseluruhannya bersepakat bahawa pengalaman alam persekolahan banyak mencorakkan keberadaan mereka sehingga kini.


Siapapun kita hari ini ; baik menteri, kakitangan hospital, peguam, kontraktor, tukang kayu, drebar teksi, mahupun ahli silap mata, kita semua ada pengalaman yang terpahat di sanubari. Pengalaman-pengalaman itu meskipun pahit ketika kita menghadapinya, tetapi manis untuk dikenang pada ketika yang lain.


Selamat Kembali ke Sekolah!

No reviews found