Sinopsis | Kamus Dewan Perdana (KDP) merupakan kamus bahasa melayu terbesar dan terlengkap yang dihasilkan oleh dewan bahasa dan pustaka. Sasaran utama kamus ini ialah penutur asli bahasa Melayu dan bukan penutur asli yang mahir menggunakan bahasa Melayu. Lebih daripada 120 ribu entri dan subentri merangkumi kata umum, istilah, dialek dan kata bahasa serumpun. Analisis baharu berdasarkan data korpus lebih daripada 113 juta kata dalam korpus DBP, disamping penggunaan kata di internet. Terdapat maklumat pemenggalan kata, ejaan jawi, sebutan dan kelas kata. Sekitar 7000 maklumat etimologi diberikan dalam kamus ini. Takrif istilah bidang disediakan bersama-sama dengan pakar bidang yang berwibawa. Pencungkilan maklumat takrif kata-kata dialek dan kata bahasa serumpun dilakukan bersama-sama dengan informan terpilih. Semua contoh penggunaan diambil daripada korpus bahasa Melayu yang diandalkan. | |
---|---|---|
Penulis | Dewan Bahasa dan Pustaka | |
Bil. Halaman (ms) | 2529 | |
Berat Buku (kg) | : | 3.72 |
No reviews found