Apa perasaan kita apabila dapat makan, minum, tidur dan bermain dengan Blackpink? Mesti gembira tidak terkata, bukan? Anni, si gadis Blink nombor satu Malaysia mesti terlebih suka. Ironinya… peluang itu berlaku kepada Elsi, kakaknya yang paling anti K-Pop! Kembali ke tahun 2012, Elsi terperangkap di studio YG Entertainment. Terpilih menjadi pelatih untuk sama-sama debut menjadi salah seorang ahli Blackpink. Isunya sekarang, dia tidak pernah minat Blackpink. Dia tidak suka berkawan. Malah paling bencikan hiburan! Kehidupan sebelumnya hanya bergelumang dengan buku, ulang kaji dan kerja sekolah. Baginya tiada masa mahu bersosial dengan sesiapa. Termasuklah Anni dan Abah; dua ahli keluarga yang sentiasa ada untuk dirinya. Maka insiden menjadi pelatih di YG Entertainment memaksa dirinya berubah 360 darjah. Dahulu berkurung di dalam bilik, hanya duduk membaca. Kini diwajibkan bergerak aktif untuk menari, menyanyi, bersenam dan buat gerakan akrobatik… mesti bekerjasama dengan remaja Korea pula. Oh, seksanya! Berjayakah Elsi kembali bertemu keluarga untuk menebus kesilapannya? Ataupun terus-terusan dipaksa menjadi bakal penghibur bertaraf dunia? Ketahuinya dalam buku Blink yang Bersinar. |
No reviews found