[JT] SALJU SAKINAH oleh Zaid Akhtar

Write a review
RM39.00
Ask a question
Price in points: 39 points
In stock
+

Pada saat bergelut dengan peperiksaan akhir di Universiti Yarmouk, tautan kasih yang dijalinkan oleh Sumayyah tidak kesampaian. Lelaki yang memateri janji selama tujuh tahun akhirnya mengahwini perempuan lain, tanpa sebarang ruang dan penjelasan.

Ujiannya tidak terhenti di situ. Ketika Sumayyah mencari kekuatan untuk bangkit daripada kekecewaan, ayahnya pergi buat selamanya. Meskipun menuntut ilmu dalam bidang pengajian Islam, Sumayyah terpaksa menggalas amanah keluarga untuk mengurus kilang kerepek warisan ayahnya.

Di tengah kehilangan, tanggungjawab dan pergelutan perasaan, Sumayyah mencari sakinah. Dia tahu, hidup bukan sekadar menanggung luka, tetapi tentang memperjuangkan makna.

Berjayakah Sumayyah mengatasi segala dugaan, hingga mengecap ketenangan bak salju di akhir perjalanan?

No reviews found