Format: Paperback
Saiz: 6" x 9"
ISBN-13: 978-967-366-149-7
Tarikh Terbit: 26 Mar 2014
Jumlah Muka Surat : 624
Berat (KG): 0.50
Kategori: Sejarah
Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd
Ibnu Battuta terkenal sebagai seorang pengembara Muslim abad ke-14. Kisah perjalanan Ibnu Battuta yang begitu mengujakan dan luar biasa ini, membuatkan dunia Barat memberikan jolokan 'Marco Polo Dunia Muslim' kepada Ibnu Battuta. Ross E. Dunn mengupas jejak perjalanan Ibnu Battuta yang merentas hampir 30 tahun ke daerah-daerah yang sama luasnya dengan 44 negara zaman moden kini. Penulis menterjemahkan dalam konteks sosial dan budaya masyarakat Islam, dan dimensi interaksi manusia di Timur dan pada Zaman Pertengahan.
Buku yang ditulis oleh profesor sejarah dari San Diego State University ini bukan sekadar memberikan keterangan yang relevan bagi memahami kisah perjalanan Ibnu Battuta, namun juga menempatkan Ibnu battuta dalam konteks sejarahnya. Dengan menggunakan pendekatan kritis berdasarkan pengalaman pengembaraan Ibnu Battuta, kajian ini merupakan pengenalan bagi mendalami seluruh dunia Islam pada abad ke-14.
"Buku hasil karya Ross E. Dunn ini penting kerana buku beliau mengupas kisah Ibnu Battuta secara mendalam dan menarik. Buku ini tidak seperti karya tiga jilid Gibb yang hanya menjadikan kisah Ibnu Battuta sebagai sumber rujukan. Dengan pendekatan ini, Dunn mengulas beberapa hal penting kepada para pembaca." -Taufik Abdullah, Pakar Sejarah, Ph.D., Uni9versiti Cornell, Ithaca, Amerika Syarikat.
Kata Pengantar
Prakata
Penghargaan
Kalendar Islam
Catatan Berkenaan Wang
Ringkasan
Pendahuluan
Bab 1 Tangier
Bab 2 Maghribi
Bab 3 Orang Mamluk
Bab 4 Makkah
Bab 5 Parsi dan Iraq
Bab 6 Laut Tanah Arab
Bab 7 Anatolia
Bab 8 Padang Rumput
Bab 9 Delhi
Bab 10 Malabar Dan Maladewa
Bab 11 China
Bab 12 Kampung Halaman
Bab 13 Mali
Bab 14 Rihla
Glosari
Rujukan
Indeks
Lampiran 1
Lampiran 2
No reviews found