SINOPSIS
“Eh, perempuan senget! Jangan kacau hidup aku boleh tak?”
“Perempuan senget kau panggil aku?!!!”
Ehsan memang pantang sekali apabila bertemu Dahlia; musuh sejatinya. Asal jumpa saja mesti bergaduh. Macam anjing dan kucing!
***
Ehsan, seorang atlet Muay Thai bersungguh-sungguh berlatih agar dapat membanggakan ibunya. Namun, tragedi berlaku sehingga membuatkan hati Ehsan luluh—sinar hidupnya hilang, dunia terasa gelap.
Ehsan mula mengurung diri. Hari-harinya dihabiskan hanya terperuk di dalam rumah, memandang silingdengan renungan yang kosong.
Sampailah suatu hari, tingkap bilik Ehsan diketuk oleh seseorang—Dahlia! Apa yang dia buat di sini?
“Aku nak tolong kau, faham tak?”
“Aku tak perlukan bantuan perempuan muka tempelan macam kau!”
“Eh, sedar diri sikit. Kau tu yang muka diskaun!”
Ketika peluang terakhir menjadi taruhan, Ehsan terpaksa membuat pilihan—sama ada kekal terpuruk dalam kegelapan, atau cuba meraih kebahagiaan diri untuk sekali lagi.
No reviews found