JANGAN BUKA HIJABKU | KOLEKSI KISAH SERAM SEBENAR | JEFF HAMZ [WHITECOAT] [RAK 111]

Write a review
RM38.00
Ask a question
Price in points: 38 points
Out of stock

Inginkan kisah-kisah seram menghantui malam anda?


Jangan Buka Hijabku yang ditulis oleh Jeff Hamz akan membuatkan anda terjaga sehingga lewat malam.


"Aku turun dari kereta. Aku perlu siasat apa sebenarnya bunyi pelik di atas bumbung yang mengganggu pemanduanku. Namun baru sahaja kakiku menjejak jalan tar, mataku ternampak satu objek putih terbujur di atas bumbung kereta.


Seraut wajah pucat bergaun putih memandangku dengan pandangan kosong. Rambutnya sungguh panjang menutup separuh bahu dan muka. Ketika mata kami bertembung, aku terlihat tangannya bergerak. Kukunya sepanjang 6 sentimeter itu terketar-ketar cuba mencapai kepalaku. Lalu aku....


Petikan di atas adalah sebahagian dari kisah seram sebenar yang dicatatkan oleh penulis . Sama ada anda percaya atau tidak, makhluk itu ada di sekitar kita. Seperti kata penjejak paranormal:


"What we see may not be real. What is real we may not see."


Buku "Jangan Buka Hijabku" ini mengandungi 26 bab.

Setiap bab mengandungi satu kisah seram pengalaman yang dialami penulis sendiri.


Bab 1: Hantu Dapur

Bab 2: Hantu Bonceng

Bab 3: Hantu Tanglong

Bab 4: Jalan yang Hilang

Bab 5: Spirit of the Coin 1

Bab 6: Spirit of the Coin 2

Bab 7: Puaka Jam 3.00 Pagi

Bab 8: Terima Kasih Encik Hantu!

Bab 9: Banglo Puaka Di Tepi Kubur

Bab 10: Perempuan Tanpa Kepala

Bab 11: Iblis Dalam Almari

Bab 12: Ops Cantas Kepala Jin

Bab 13: Tilam Puaka 1

Bab 14: Tilam Puaka 2

Bab 15: Kekasihku Puteri Bunian 1

Bab 16: Kekasihku Puteri Bunian 2

Bab 17: Mayat Terbang di Lebuh Raya 1

Bab 18: Mayat Terbang di Lebuh Raya 2

Bab 19: Tragedi Pantai Port Dickson 1

Bab 20: Tragedi Pantai Port Dickson 2

Bab 21: Sumpahan Bapa Jin

Bab 22: Allahu... Jiranku Cik Ponti!

Bab 23: Puaka Ayer Hitam

Bab 24: Gadis Ayu Berkebaya Kuning

Bab 25: Kekasih Gelapku Cik Ponti

Bab 26: Penonton Tanpa Jasad


Sejak kecil hijab penulis telah sedikit terbuka. Keterbukaan ini menyebabkan penulis pernah melihat pelbagai entiti paranormal termasuk hantu raya, pontianak, pelesit, penanggal, pocong, bunian dan lain-lain.


Buku ???????????????????????? ???????????????? ???????????????????????????? mempunyai 31 kisah seram setebal 502 muka surat

No reviews found