JALAN TEGAK [RAK 92]

Write a review
RM39.00
Ask a question
Price in points: 39 points
In stock
+

Jalan Tegak membawa pembaca menyelami kehidupan penulis dari pentas debat ke kerusi parlimen. Zaman kanak-kanak yang diwarnai kenakalan, zaman remaja dalam disiplin ketenteraan, kemudian mendewasa sebagai menteri paling muda di Malaysia. Dan pada usia semuda itu, peranan beliau terakam dalam beberapa sejarah penting negara; tumbangnya Barisan Nasional (2018), krisis Langkah Sheraton (2020) dan pembentukan kerajaan perpaduan (2022).

 

Telusuri usaha Syed Saddiq memimpin erat tangan penduduk Muar yang diwakilinya, terutama ketika pandemik. Bahkan parti MUDA yang diasaskannya juga begitu aktif membantu rakyat ketika banjir besar melanda negara (2021).

 

Melalui memoir ini, beliau membuktikan keteguhan prinsip ketika mendepani percaturan politik, juga kelantangannya mengungkapkan suara generasi muda walaupun cuba didiamkan oleh pihak tertentu. Sebagai idealis, beliau turut melontarkan saran dan harapan untuk Malaysia yang lebih baik.

 

Bagi orang muda, ini kisah inspirasi mencapai impian. Bagi rakyat Malaysia seluruhnya, ini kisah di sebalik tabir peristiwa-peristiwa politik, juga pemikiran yang mengajak kita untuk merenung dan mungkin, bertindak.

No reviews found