Save 15%

Jalan Sehala (JT RAK F5)

Write a review
Old price: RM30.00
RM25.50
You save: RM4.50 (15%)
Ask a question
9789671579268
In stock
+

“Jalan Ini Jalan Sehala”

Semakin usia meningkat, pendengaran saya terhadap sekeliling semakin merosot.

Bukanlah saya menjadi pekak hilang pendengaran. Sebaliknya saya semakin beransur-ansur kurang peka dengan apa yang diperkatakan di sekeliling kehidupan ini. Ia juga bukanlah kerana sekeliling saya semakin sunyi, biar pun di Finland ini, persekitaran memang sepi daripada manusia dan kenderaan berbanding kehidupan sebelumnya. Dunia hakikatnya semakin bising, semakin hiruk pikuk dengan 1001 pendapat.

Hiruk pikuk itulah yang saya semakin kurang peduli. Bukan berbanding dengan orang lain, tetapi berbanding dengan diri saya sebelum ini. Dunia yang bising itu tidak banyak nilai yang boleh saya kumpulkan daripadanya, kerana berkata-kata di zaman ini bukan lagi natijah fikiran, sebaliknya lebih kepada kurangnya berfikir sebelum menukil perkataan.

Kebisingan itu selama ini mencetuskan banyak keresahan di dalam diri. Usaha untuk melepaskan diri daripadanya adalah usaha paling susah dan mahal. Akhirnya ia memerlukan saya pergi, membawa diri, sejauh yang mungkin, agar kebisingan sekeliling berkurang, dan saya lebih mendengar suara hati sendiri.

“Hasrizal, apakah erti kehidupanmu pada masa yang berbaki ini?

No reviews found