[TOMO] JALAN KE PUNCAK | NOVEL KOMPONEN SASTERA (KOMSAS) DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU | TINGKATAN 2 | DBP [T2]

Write a review
RM8.00
Ask a question
Price in points: 8 points
In stock
+

Watak utama dalam Novel Jalan ke Puncak bernama Laiman merupakan seorang pemuda dari Sabah yang mempunyai visi dan wawasan tersendiri. Laiman telah mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dan menjalani latihan praktikal di Sarawak bersama sebuah syarikat terkemuka gas dan mjinyak iaiatu Shell. Ketika menjalani latihan praktikal tersebut, Laiman telah berkawan rapat dengan Soniah sehingga dicemburui oleh Muluk. Ketika Laiman ke Kuching, sebuah loji minyak yang dibawah seliaannya terbakar. Selepas disiasat, Laiman didapati tidak bersalah dan kebakaran tersebut dilakukan oleh Muluk yang cemburu dnegan Laiman. Selepas tamat pengajian, Laiman pulang ke kampungnya dan tidak ingin melakukan kerja yang mendapat gaji tetap. Laiman telah menolak tawaran untuk bekerja di sebuah jabatan kerajaan dan telah dimarahi oleh bapanya. Laiman tekad untuk menjalankan projek ternakan ikan air tawar dan ternakan lebah madu. Dia memulakan tanaman tembikai bersama Milan dan telah meminta izin Pak Sahok untuk menggunakan tanah paya sebelah tanah miliknya. Selepas beberapa minggu, tanaman tembikai mereka membuahkan hasil dan membuka hati Pak Kiassim untuk menerima usaha Laiman. Akhirnya, Pak Sahok bersetuju untuk memberi keizinan kepada Laiman untuk menggunakan tanah paya di sebelah tanah miliknya. Projek ikan air tawar mereka berjaya dan telah mendapat perhatian Jabatan Pertanian untuk menjadikan perusahaannya contoh kepada penternak yang lain.

No reviews found