Islam sebagai agama (al-Din) yang sempurna merangkumi seluruh kehidupan manusia, meletakkan manusia di bawah satu tanggungjawab iaitu untuk beribadah kepada Allah AWT matlamat inilah yang mengikat manusia suoaya mematuhi perintah Allah SWT yang bukan sahaja melalui pelaksanaan ibadat tertentu seperti solat, puasa, zakat dan haji malah ia meliputi kegiatan kehidupan sehari-harian. Dengan itu anggapan bahawa ibadah hanya terhad kepada perkara ukhrawi adalah salah kerana putaran kehidupan manusia itu berkaitan juga dengan kehidupan di alam nyata.
inilah hakikat yang perlu difahami oleh seseorang terutamanya para jururawat dalam melaksanakan tugas mereka. Di samping menjaga pesakit mereka juga terpaksa berhadapan dengan kerenah manusia dan realiti kehidupan yang menuntut banyak kesabaran. Matlamat murni yang hendak mereka capai perlu selari dengan tuntutan syarak. bidang kejururawatan yang diceburi menjadi medan untuk mereka memberi kebaikan kepada sesama insan.
No reviews found