Selamilah diri dan ukur kedalaman sanubari yang memancar kehidupanmu. Di dasar sumbernya anda akan menemukan jawapan kepada pertanyaan, sama ada anda mesti menulis ataupun tidak. Terimalah apa-apa jua jawapannya tanpa menganalisis. barangkali akan nyata kepada anda bahawa sesungguhnya anda terpanggil untuk menjadi seorang penulis. Terimalah nasib itu, pikul bebannya, dan kemeriahannya, tanpa bertanyakan ganjarannya yang berkemungkinan datang dari luar
No reviews found