Putera Pilihan mengisahkan komplot mengambil alih kuasa pemerintahan Sultan Muhammad Syah secara halus oleh Puteri Rekan, permaisuri Sultan Melaka. Untuk memperoleh kekuatan mencapai maksudnya, Puteri Rekan telah menjemput sepupu baginda untuk tinggal bersama dengan alasan menambahkan keakraban dua negara. Komplot yang berjalan secara halus dan teliti ini tidak menampakkan keraguan di pihak istana dan pembesar negeri. Atas desakan perancangan yang teratur ini, sultan telah melantik pengganti baginda dengan orang yang tidak berhak. Siapakah yang telah dilantik sultan dan apakah kesannya yang berlaku terhadap pentadbiran negeri Melaka selepas itu?
No reviews found