(ITBM) Menyediakan objektif pengajaran [RAK 56]

Write a review
RM35.00
Ask a question
Price in points: 35 points
In stock
+

Objektif pengajaran merupakan asas kepada pengajaran yang berkesan. Pengajaran yang dirangka dengan baik, membolehkan anda mengenalpasti isi kandungan yang sesuai untuk pengajaran anda, mengatur pengajaran mengikut cara yang sebaik mungkin dan menyediakan alat bantu untuk memastikan dengan tepat sama ada pengajaran yang dijalankan telah mencapai matlamatnya atau tidak. Buku paling laris yang pernah ditulis tentang subjek ini, Menyediakan Objektif Pengajaran ialah panduan sistematik bagi mengenal pasti, memilih dan menulis objektif untuk pengajaran yang berkesan. Edisi kemaskini dan terbaru ini, memberikan panduan tentang cara menulis objektif yang membolehkan anda: 1. Memilih isi kandungan dan kacedah terbaik untuk mencapai objektif; 2. Memberikan panduan kepada mereka yang baru belajar melalui proses pembelajaran; 3. Memberikan peluang yang lebih baik kepada pelajar untuk mencapai kejayaan; 4. Menunjukkan segala nilai tentang apa yang diajar; 5. Menyediakan Objektif Pengajaran merupakan sumber tersedia yang boleh menjadikan anda mahir secara praktikal dan meningkatkan pengajaran anda. Jika anda benar-benar ingin menyediakan pengajaran yang dapat memberikan kemahiran dan pengetahuan yang berguna kepada para pelajar, buku ini sememangnya untuk anda.

No reviews found