Umum turut mengenali Sani Sudin sebagai seorang penyair. Puisinya pendek-pendek; sinikal dan tajam. Banyak puisi Sani bersifat lugu; justeru seperti sudah menjadi identiti kepenyairannya. Sani jarang berselindung dalam puisi-puisinya. Namun kepuitisannya masih tetap terjaga dan terpelihara. Ada sebahagian ciptanya mendalam dan menikam; ada selebihnya mendatar, biasa dan sedikit terlepas, lalu menggugah dan menyentak kita. Terkadang, kita terpempan dengan mainan kata Sani yang bersahaja. Bahkan kadang-kadang Sani menampar kita dalam ketawa dan canda.
No reviews found