Kumpulan Puisi Kanak-Kanak: Pesanan Pendeta membawakan tema yang sangat rapat dengan kanak-kanak seperti nilai-nilai murni, kasih sayang serta hormat-menghormati kepada ibu-bapa, guru dan masyarakat. Ia satu pendekatan yang mengajak kanak-kanak mencintai dan mengenal negara dan persekitaran. Ia juga merangkumi permainan dan aktiviti yang selalu dilakukan oleh kanak-kanak. Penyampaian melalui kata-kata puitis penyairnya - santun, padat dan bernas serta menggugah imaginasi, kreativiti dan daya sensitiviti kanak-kanak. Ia mencakupi bidang yang luas seperti agama, sejarah, pendidikan, sains, kemasyarakatan dan alam sekitar. Yang pasti akan merangsang minda kanak-kanak agar mereka semakin mengerti tentang kehidupan.
No reviews found