Perhubungan manusia dikreatifkan oleh pengarang berdasarkan pengalamannya sebagai guru dan mata fikirnya yang melihat dunia sekitar dengan cermat. Janji Delila - berkisar tentang anak remaja yang mengejar cita-cita dalam upaya yang terhad. Kemiskinan hidup hampir mematahkan semangat, namun muncul si guru, penyelamat yang menghulurkan tangan. Huluran diterima, semangat baharu membara dan cita-cita ke puncak jaya digapai. Kasih sayang makanan manusia. Perlu, tanpa kompromi. Kasih sayanglah yang membentuk manusia.
No reviews found