Antologi ini diusahakan untuk mengangkat karya-karya puisi terpilih Sasterawan Negara (SN) Usman Awang dalam bentuk inspirasi cerpen. Melalui usaha ini secara tidak langsung, penulis menyelami hasil perjuangan SN Usman Awang yang telah dihasilkan sekian lama. Bagi penulis generasi sekarang yang kebanyakannya tidak sezaman dengan SN Usman Awang, ini adalah satu peluang untuk menghargai karya hebat beliau. Kelahiran buku ini memupuk semangat perpaduan masyarakat berbilang kaum selain menjadi satu khazanah dunia perbukuan tanah air.
No reviews found