Israiliyyat, Hadith Mawdu & Fitnah Sirah Di Alam Melayu
Author: Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi
Publisher: PTS
ISBN: 9789674813536
Weight: 0.389 kg
Pages: 257pp
Year: 2019
Price: RM25
Ibarat sebatang sungai yang sudah mengalir selama 1400 tahun lebih, bermula dari hulunya yang suci bersih-bebas dari segala kekotoran, tapi apabila semakin sampai ke hujung muara segala sampah-sarap sepanjang sungai dibawa bersama ke muara yang kini kita sedang berada di sana.
Begitu juga lslam, dari awal zaman terbaik yang terjaga ketulenan dan kesuciannya, namun selepas kewafatan Rasulullah SAW pencemaran, keracunan dan kerancuan muncul sama ada dari luar atau dalam lslam sendiri menyebabkan pemahaman dan pelaksanaan lslam sama ada dalam urusan 'aqidah, ibadah dan mu'amalah semakin jauh dari sifat tulennya yang suci murni.
Naskhah ini menghujahkan - antara punca kerancuan pemikiran beragama orang lslam-Melayu-Nusantara ada pada fakta sejarah awal perkembangan lslam dan tradisi penulisan karya-karya berkaitan lslam di Alam Melayu. Ia bermula daripada metodologi penulisan Sastera Hikayat Berunsur lslam, Sastera Kitab, Sastera Ketatanegaraan dan seumpama dengannya pasca lslam berkembang di Nusantara. lni adalah kerana penulisan karya-karya tersebut tidak menjadikan disiplin yang sudah digarispandukan oleh para ulama lslam sejurus kewafatan Rasulullah SAW sebagai metodologi penyebaran maklumat berkaitan lslam.
Ringkasnya, proses tersebut tidak melalui kerangka dan disiplin ilmu Riwayah dan Dirayah. Ini menyebabkan semenjak lslam menapak di Alam Melayu sehingga saat ini, riwayat lsra'iliyyat, Hadith Mawdu dan Fitnah Sirah yang ditularkan buat sekian lama masih subur malah dianggap sahih oleh sebahagian besar umat ini!
No reviews found