Author: Baharom Kassim, Abd Karim Ali, Mustaffa Abdullah & Nor 'Azzah Kamri
Publisher: Persatuan Ulama Malaysia
ISBN: 9789832306511
Weight:
Pages:
Year:
Price: RM50
Pemilihan Keluarga Malaysia sebagai maudu' perbincangan buku ini sudah
pasti membawa satu konotasi positif. Keluarga adalah institusi terpenting
dan kritikal dalam membina sesebuah masyarakat dan negara. Sesebuah
keluarga akan lebih bermakna dan sejahtera jika ianya dibina berlandaskan
asas-asas kepercayaan agama secara inklusif dan menepati ciri-ciri yang
murni. Dalam konteks ini sudah pasti ciri-ciri tersebut berteraskan roh Islam.
Maudu' gagasan Keluarga Malaysia ini ialah usaha terbaharu kerajaan dalam
menyemarakkan perpaduan nasional secara bersepadu antara pelbagai
kaum di negara ini. Pendekatan Keluarga Malaysia dianggap bertepatan
dalam konteks kesejahteraan negara dan rakyat kerana ia menawarkan
nilai-nilai murni dalam institusi kekeluargaan seperti kasih sayang, toleransi,
empati, pengorbanan, semangat tolong-menolong, perpaduan dan
sebagainya. Selain menekankan tiga nilai utama iaitu Keterangkuman
(Inclusivity), Kebersamaan (Contentment) dan Kesyukuran (Common Ground)
demi untuk menjayakannya.
Buku ini menghimpunkan koleksi kertas-kertas SEMINAR KELUARGA MALAYSIA
anjuran PUM. PUM mengambil inisiatif merekodkan semua kertas-kertas
perbincangan tersebut dalam dua jodol iaitu Keluarga Malaysia dan
Perpaduan Umat serta Pemerkasaan Islam dalam Keluarga Malaysia.
No reviews found