Save 15%

Iqra Al-Hidayah (Al-Kalam) (Z6)

Write a review
Old price: RM9.90
RM8.41
You save: RM1.49 (15%)
Ask a question
9789675833519
Out of stock
Tajuk:Iqra Al-Hidayah (Al-Kalam)
ISBN:9789675833519
Penerbit:Al-Hidayah House Of Quran Sdn.Bhd
Penulis : Haji Anu Mazaya Al-Hafiz
Tahun Terbitan: 2020
Muka Surat: 256
Halaman: Berwarna
Format: Softcover
Berat (kg): 0.296
Dimensi (cm): 14.1cm x 20.9cm x 1.3cm
 

IQRA’ AL-HIDAYAH (Al-Kalam) merupakan sebuah buku asas pembelajaran membaca Al-Quran mengikut kaedah penulisan Rasm Uthmani. Buku ini disusun secara sistematik dan diolah secara berperingkat mengikut tahap pembelajaran dan pemahaman pelajar. Terdapat 6 jilid lengkap di dalam satu buku dimana setiap jilid mengandungi pelajaran yang berbeza dan meningkat mengikut kesesuaian perkembangan pelajar.

Pada peringkat awal pembelajaran, pelajar diperkenalkan dengan asas bacaan bermula pengenalan Huruf Hijaiyyah, Huruf Berbaris, Pengenalan Harakat atau Baris serta Tanda Baca dan diperkenalkan dengan Huruf Rangkai. Setelah mahir dengan asas bacaan, pelajar diajar hukum-hukum tajwid ringkas yang terdiri daripada Huruf Mad, Hukum Nun dan Mim Sukun, Idgham, Qalqalah dan sebagainya disusuli dengan ulangkaji yang berterusan.

Di dalam buku ini juga disertai Surah Lazim sebagai latihan dan persediaan untuk para pelajar sebelum berpindah ke peringkat seterusnya.

Semoga dengan kehadiran buku ini akan memberi manfaat dan memudahkan masyarakat untuk mempelajari ilmu Al-Quran demi melahirkan generasi yang celik dan beramal dengan Al-Quran.

 

No reviews found