Tajuk:Insaniversiti Menjiwai Nilai Moral Dalam Pendidikan
ISBN: 9789674608019
Penerbit: ITBM & USIM
Penulis: James Campbell
Tahun Terbitan:2020
Muka Surat: 227
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg): 0.34 kg
Dimensi (cm): 22.9 cm x 15.4 cm x 1.2 cm
SINOPSIS
Institusi pengajian tinggi kini menghadapi persaingan yang sengit daripada institusi lain, selain keperluan untuk memenuhi permintaan dan harapan masyarakat setempat. Sesetengah nilai yang pernah diamalkan di institusi pengajian tinggi nampaknya telah dilupakan semata-mata demi mengejar keuntungan, malah demi kemajuan diri. Buku ini membincangkan Insaniversiti, satu konsep yang mengetengahkan persoalan kemanusiaan, pengetahuan dan keseimbangan di institusi pengajian tinggi. Melalui konsep Insaniversiti pembaca akan didedahkan kepada korelasi antara Insaniversiti dengan teori, falsafah kerohanian dan wacana sejarah. Pembaca juga akan diperkenalkan kepada konsep Adab dalam Islam yang dibincangkan secara ringkas dalam buku ini.
JAMES CAMPBELL ialah seorang ahli akademik di School of Education, Deakin University Australia. Beliau memiliki dua ijazah PhD, yang pertama dalam bidang pendidikan dan yang kedua dalam bidang politik. James Campbell telah menulis dan menyunting empat buah buku, menulis banyak artikel dalam jurnal, banyak bab dan pemah menjadi penyumbang tetap kepada akhbar New Straits Times di Malaysia. Minat James Campbell menjurus kepada bidang falsafah pendidikan kerana bidang ini mempunyai hubung kait dengan masalah politik dan sosial secara teori yang lebih luas dalam masyarakat. Beliau juga mempunyai minat yang mendalam dalam falsafah politik, teori sosial serta pemikiran pendidikan dan saling kait antara bidang berkenaan.
No reviews found