Apa benda, kalau manusia dah mula mainkan, dia tak akan berhenti mainkan, sampai dia mati? Santun adalah sebuah novel pendek dari penulisan Petak Daud. Ianya berkisarkan tentang sesuatu yang berada di dalam lingkungan kita sendiri, tetapi tidak pernah kita perasan, dan fikirkan. Sebagai seorang manusia yang pernah, dan akan mengalami proses menjadi seorang remaja, cinta adalah satu perkara indah yang tidak pernah dilepaskan untuk merasa. Cuma bezanya, apakah cinta itu pada maksud kau, aku, dan yang lain-lainnya? Pada siapakah dan untuk apakah cinta ter-agong itu kau bazirkan? Apakah yang ada di dalam kepala Amri ketika sehari-harian dia bersama Rina di dalam rumah kecil itu, pergi ke kelas bersama-sama dan pulang berdua-dua? Apakah yang berada di dalam akal fikiran kau, aku, dan yang lain-lain nya semasa membacanya? Macam mana kau berdepan dengan ibu bapa kedua pihak bila kau dan makwe kesayangan masih lagi hidup berstatus pelajar? Kahwin dengan santun, atau teruskan bersekedudukan tanpa santun?
No reviews found