Mat Salleh bagi penduduk Borneo Utara (kini dikenali Sabah)tidaklah asing. Seluas daratan dan lautan, beliau mnembawa diri,berjuang, menyatupadukan berbilang agama, bangsa dan suku,kepelbagaian adat resam, demi perjuangan membebaskan tanah tumpah darah daripada kerakusan penjajah. BerabadI lamanya,Kesultanan Brunei dan Sulu, pergolakan politik dan perselisihan dalaman, memakan diri, apabla sedikit demi sedikit tanah milik peribumi dijajah tanpa puas, hasil mengalir ke tangan yang lain.Tiada yang tinggal, peribumi semakin ditindas, bumi dipijak akhirnya milik orang.
Tidak gentar walau difitnah, diburu tanpa lelah,beliau merantau membawa semangat juang, berkorban demi tanah tumpah, walau nyawa menjadi taruhan. Semangatnya, semakin digeruni, penjajah penuh tipu muslihat, pertama kalinya tunduk mengakui kehebatan Mat Salleh dan semangat juang peribumi. Demi melihat bumi tanah tumpah kembali pada hak asalnya, tidak berpaling, terus melangkah, perjuangannya dijulang peribumi, namun, setiap perjuangan perlukan pengorbanan. Biar putih tulang, jangan putih mata, gugurnya beliau tanpa nadi, berselimut maruah yang tidak akan tercalar selamanya.
No reviews found