Risalah ringkas ini menawarkan peluang untuk menatang nasihat langsung daripada Imam al-Ghazali sendiri. Salah seorang muridnya yang paling lama menulis kepada beliau dan bertanyakan soalan ntara timbunan ilmu di dunia ini, yang manakah akan menjadi paling bermanfaat buat manusia? Meskipun jawapannya secatra umum boleh didapati dalam karya-karya ilmu yang lain tetapi dia mahu agar Imam al-Ghazali sendiri yang menjawab dan mengulas soalan itu. Naskah ini merupakan jawapan dan nasihat daripada Imam al-Ghazali sendiri kepada persoalan anak muridnya. Nasihat yang disampaikan ini penuh dengan keindahan dan keikhlasan. Setiap kalimah yang keluar dari lubuk hati yang ikhlas, akan meresap kembali dalam hati para pembacanya.
No reviews found