Jusuh dan Salim dibuang kerana ponteng kerja.
Jusuh menumbuk Mandur Hamid. Bermula dari situ tiga buah estet yang aman mula dikocak persengketaan. Jusuh dan Salim yang lari bekerja di estet Caning di bawah Mandur Nawi mula membuat onar. Ali dan Hanif di Estet Pahi bangun melindungi Mandur Hamid. Keadaan semakin parah apabila Salim melarikan Halijah, anak gadis Mandur Hamid. Ali yang menaruh hati kepada Halijah mencari jalan, akhirnya menyekat Salim dan menyelamatkan Halijah.
Namun di sebalik semua kekecohan ternyata ada tangan ghaib yang menggerakkan Jusuh dan Salim untuk menghancurkan Mandur
Hamid.
Kisah kehidupan estet di Hulu Kelantan padadua dekad awal kemerdekaan diangkat menjadi
cerita yang mendebarkan.
No reviews found