Siri ini mengumpulkan cerita rakyat kaum etnik utama di Sarawak. Cerita-cerita ini adalah hasil tradisi penceritaan orang tua-tua Iban, Bidayuh, Melanau dan Orang Ulu; ia menggambarkan ciri tersendiri kehidupan setiap kaum dan kepercayaan kuno yang banyak mempengaruhi kehidupan mereka.
Noheb, Jagat dan Numis adalah anak-anak yatim piatu tiga beradik, Mereka tinggal sendirian di sebuah pondok buruk di pinggir hutan. Tanpa bimbingan ibu bapa tentang pantang larang di hutan, adik bongsu mereka, Numis, telah menimbulkan kemarahan semangat hutan kerana membawa pulang habuan hantu di dalam hutan. Numis telah dibawa lari oleh hantu dan kedua-dua abangnya terpaksa menyelamatkannya daripada dimakan oleh Raja Hantu di dalam Gua Krokong. Nasib baik Noheb bertindak licik dan keberanian kedua-dua adik-beradik ini menjadi cerita di sebalik sarang burung terkenal di Gua Krokong.
Gua Krokong ialah salah satu daripada tujuh cerita rakyat yang terkandung dalam buku ini. Bacalah cerita di sebalik batu-batu misteri di Nini Sit; pokok ajaib di Siburan; Gua Majag; asal usul lagu pokok madu; dan kenapa keturunan Mentu Tapu tidak makan ikan bangkuh - seperti yang diceritakan oleh orang tua-tua Bidayuh kepada Heidi Munan.
No reviews found