KERJA BUKAN KERANA PANGKAT Selain daripada mencari rezeki, salah satu tujuan kita bekerja adalah untuk memberi khidmat kepada organisasi. Selain itu, kita juga perlu menilai dan mengenal pasti kelemahan-kelemahan untuk dijadikan panduan dan teladan bagi memberi perkhidmatan yang terbaik. Setiap perkara yang dibuat itu, sudah tentu akan ada ganjaran sama ada ganjaran sementara seperti upah, kepuasan diri, penghormatan atau ganjaran kekal seperti balasan nikmat akhirat. Kesemua bentuk ganjaran itu selalu melingkari pemikiran kita yang tidak terbatas sehingga kita lupa apakah tujuan sebenar kita menjalankan sesuatu tugasan itu. Orang lain tidak tahu apa sebenar yang ada dalam pemikiran kita semasa membuat sesuatu melainkan kita sahaja boleh memikirkannya secara diam-diam.
Apa salahnya sekali-sekala kita bertanya diri sendiri "where did I go wrong. Seorang yang memandu kereta perlu melihat cermin atas atau tepi bagi mellhat apa yang ada di belakang. Dengan melihat apa yang berlaku di belakang, dapat juga sedikit sebanyak dibuat penilaian sendiri sama ada falah memandu dengan betul ataupun telah tersimpang jauh selama ini.
Diharapkan buku ini dapat membantu kita mencapai kepuasan bekerja dan terjadi panduan kepada kita dalam menjadi pekerja cemerlang.
No reviews found