HINDUN BINTI UTHBAH TAUBATNYA WANITA PEMAKAN HATI
Hindun, namanya bukanlah asing. Terkenalnya beliau, menjadi salah seorang bukan sahaja membenci, malah penentang hebat agama Islam dan Nabi Muhammad SAW semasa mula-mula agama itu lahir di kota Mekah. Beliau menjadi tulang belakang suaminya, Abu Sufyan yang juga pemimpin Arab Quraisy.
Bertambah dendam dalam hati apabila keluarganya dibunuh dalam Perang Badar. Betapa tanpa belas kasihan dan sifat kemanusiaan, jenazah bapa saudara dan perisai Nabi Muhammad SAW yang turut digelar singa Allah SWT, Hamzah bin Abdul Mutalib dibunuh kejam dalam Perang Uhud, malah jenazahnya dirobek, hati dan jantung dilapah.
Setiap insan, walau sebesar manapun kejahatan diukur manusia, apabila cahaya hidayah menjemput hadir tanpa dipinta, jiwa yang hitam, kembali jernih, sejernih bayi yang baru dilahirkan. Sememangnya takdir Allah SWT lebih indah, hidayah milik Allah SWT.
Benarlah, pendosa yang bertaubat itu tidak pernah hina. Demi menebus segala dosa silam yang terasa tidak pernah pudar dalam lubuk hatinya, beliau dan suaminya sehingga penghujung hayat, menabur tubuh dan bakti hanya demi Islam. Beliau, menjadi srikandi digeruni, tidak takut mahupun gerun.
No reviews found