NYANYIAN IKAN-IKAN KECIL [RAK 63]

Write a review
RM25.00
Ask a question
Price in points: 25 points
In stock
+


inilah kehidupan antara air dan kaca demi kehidupan kami pilih kedua-duanya

inilah kebebasan antara gelembung udara dan lumut buatan demi kebebasan kami pilih kedua-duanya

Suara-suara yang kecil boleh menjadi besar dan bermakna. Batu, daun, angin, lukisan, pisau, lebah, kolam dan ikan-ikan. Di dalam puisi, imej yang konkrit menjadi hidup dan berdegup. Hanya perlu mata yang tajam untuk mencerapnya. Tinggal cuma puisi yang bernas untuk mengungkapnya.

Inilah Hilmi Rindu yang melihat dunia dengan sorot falsafi tanpa terlalu terperangkap dalam mainan ungkapan. Setiap kecil, remeh, dan dilupakan menjadi iktibar dan bandingan yang tak terjangka, begitulah magis puisi yang menyaring kebijaksanaan dari setiap imej alam dan persekitarannya.

Naskhah ini menghimpunkan 60 puisi beliau yang terpilih dan paling mengesankan.

***

Siri Tokoh Puisi mengumpulkan puisi-puisi terbaik daripada khazanah sasterawan dan penyair mapan tanah air yang malar segar untuk tatapan khalayak baharu. Judul lain dalam siri ini: 

1. Sudah Hampir Malam di Kyoto - Muhammad Haji Salleh

2. Rahang Gelombang - Moechtar Awang

3. Lelaki Berambut Rumput - Rahimidin Zahari

4. Malam Berbau Lilin - Baha Zain

5. Tercipta dari Kala - Anwar Ridhwan

6. Nyanyian Ikan-ikan Kecil - Hilmi Rindu

7. Pembaca Watak - T. Alias Taib

Customer Reviews

No reviews found