[TOMO] RUMAH [FIXI] [T6]

Write a review
RM24.90
Ask a question
Price in points: 25 points
In stock
+

Sinopsis:
Akmal jatuh pengsan sebaik mendapat berita bahawa ibu, ayah dan adiknya meninggal
akibat kemalangan jalan raya. Sebaik sedar, dia tiba-tiba ketawa terbahak-bahak sehingga
menimbulkan kehairanan petugas hospital yang merawatnya. Anehnya, Akmal tak faham kenapa
dia tiba-tiba ketawa. Dia juga tidak boleh menangis atau bersedih walaupun sudah kehilangan
seluruh keluarganya.
Tiga tahun selepas kemalangan itu, Akmal menjadi seorang penyendiri yang tidak suka
keluar rumah. Biasanya dia cuma akan keluar rumah dua kali sebulan. Masanya dihabiskan dengan
bermain game dan menonton filem. Namun semuanya berubah selepas dia mengenali Jasmin,
seorang guru muzik. Awalnya Akmal resah, kerana dia rimas dengan cerita Jasmin yang tak habis-
habis, sampai ada masanya dia rasa nak tampal selotep dekat mulut Jasmin supaya perempuan itu
berhenti bercakap.
Jasmin memaksanya keluar dari tempat persembunyiannya, dan mula kembali berhadapan
dengan masyarakat. Perlahan-lahan, Akmal kembali mengenali dunia yang selama ini sudah lama
dia tinggalkan.

No reviews found