IMAM AHMAD BIN HANBAL PENGASAS MAZHAB HANBALI [ABDUL LATIP]

Write a review
RM35.00
Ask a question
Price in points: 35 points
In stock
+

Nama penuh beliau adalah Abu Abdullah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal. Beliau akhirnya lebih dikenali sebagai Ahmad bin Hanbal. Keturunan Imam Ahmad bertemu dengan Rasulullah s.a.w pada Mazin bin Ma’ad bin Adnan.

Ahmad bin Hanbal hidup semasa zaman pemerintahan bani Abbasiyah. Pada ketika ini, golongan Muktazilah giat memperkembangkan fahaman mereka yang menyimpang daripada Islam. Antara yang terkedepan dalam melawan fahaman itu adalah Imam Ahmad bin Hanbal.

Namun jauh sehari sebelum itu, Imam Ahmad adalah seorang yang sangat mencintai ilmu. Hidup dalam serba kekurangan tidak pernah menjadi alasan untuknya. Pernah diceritakan beliau terpaksa mengambil upah mengangkut barang-barang bersama hamba suruhan, bagi mencukupi kehidupan semasa menuju ke Yaman untuk menuntut ilmu.

No reviews found