KEMAKMURAN EKONOMI TANPA RIBA [RAK 16]

Write a review
RM50.00
Ask a question
Price in points: 50 points
Out of stock

Kemakmuran Ekonomi Tanpa Riba

Author: Mohd Nazari Ismail
Publisher: Dewan Bahasa dan Pustaka
ISBN: 9789834941093
Weight: 
Pages: 213 pp
Year: 2024
Price: RM50

Kemakmuran Ekonomi Tanpa Riba menyajikan isu ekonorrti yang sedang melanda hampir scmua negara, iaitu isu riba. Hal ini tidak terkecuali bagi negara Malaysia kerana panduan utama dalam menggubal polisi dilihat tidak mematuhi panduan syariah. 

Bagi memahami isu ini, penulis mengupas kaitan antara isu riba dan ekonomi dengan menelusuri sejarah perkembangan industri perbankan yang mempunyai unsur riba dan kesan negatif industri ini kepada masyarakat di beberapa negara termasuk Malaysia. Beberapa cadangan altematif dikemukakan sebagai altematif kepada hutang dan riba dan penulis memfokuskan penulisan ini untuk mereka yang terlibat dalam kerja-kerja dakwah dan pengislahan masyarakat, ahli akademik, penggubal dasar, pelajar dan orang awam yang yakin bahawa penyelesaian kepada masalah ekonomi masyarakat sebenamya terkandung dalam ajaran Islam. 

Secara keseluruhannya, buku ini disasarkan kepada golongan pembaca yang terdiri daripada ahli akademik, pendakwah Islam, penggubal dasar, pelajar dan orang awam untuk dijadikan sebagai rujukan berbahasa Melayu.

Bagi pendakwah Islam, buku ini amat sesuai dijadikan rujukan kerana inti pati buku ini mengupas punca sebenar permasalahan ekonomi di kebanyakan negara terutamanya negara Islam, malah penulis turut memfokuskan altematif wakaf dan ekuiti sebagai pengganti riba. 

No reviews found