AIN oleh NAIM TAMDJIS

Write a review
RM30.00
Ask a question
Price in points: 30 points
Out of stock

Ain mengisahkan tentang Jardin seorang youtuber yang terkenal dengan sifat angkuh dan sombong tiba-tiba jatuh sakit. Ini menyebabkan dia sukar untuk menjalankan tugasnya.

Membaca naskah ini membuatkan SH tertanya-tanya apakah perlu untuk kita menjadi seseorang yang bukan kita di hadapan kamera hanya untuk sebuah 'content' yang boleh menjana pendapatan. Sikap Jardin yang mencipta kontroversi dengan perangai dan sikapnya di depan lensa kamera membuatkan SH teringat beberapa orang di dunia nyata. Lagi dikecam lagi menjadi perlakuan mereka.

Dan cerita Ain ini sememangnya sangat dekat di hati kerana boleh dikaitkan dengan dunia sekarang yang semakin penuh dengan social media. Hingga apa sahaja bakal dirakam tanpa mengira akibatnya. Malah kewujudan mereka yang menggunakan agama untuk mengaut keuntungan memang sering terjadi kini.

Sebuah cerita yang SH rasa sangat realistik dan sesuai dengan keadaan masa kini, malah penuh dengan pengajaran yang boleh diambil di dalamnya.

Cuma sebagai cerita seram, SH kurang merasakan faktor itu. Keseraman dan ketegangan tidak dapat SH rasa dalam cerita yang pertama ini. Ceritanya terasa sedikit flat tapi masih boleh dinikmati.

Cerita yang kedua Psiko membawa SH ke sebuah pusat tahanan yang menempatkan Syafiq sebagai seorang yang dituduh membunuh namun mempunyai penyakit mental. Dia mengatakan bahawa bukan dialah yang membunuh mangsa-mangsanya.

Kisah pertembungan antara sakit mental dan gangguan makhluk halus ni memang sering kita dengari. Dan gangguan ini susah untuk diterima oleh perubatan moden. Akan tetap dikatakan dan diklasifikasikan dengan sakit mental. SH terfikir andai ada antara mereka yang ditempatkan di pusat rawatan mental tapi sebenarnya bukanlah sakit mental tapi sememangnya gangguan makhluk halus tentu kesian mereka. Silap-silap dari tak sakit memang boleh jadi sakit.

Cerita yang kedua ini walaupun tidak seram tetapi lebih tegang dari kisah yang pertama. Dan plot twist yang diberikan memang terbaik. Memang tidak disangka.

No reviews found