Keluarga Baru Aichan: Misi Mengenal Islam - HAJI [IMAN]

Write a review
RM12.00
Ask a question
Price in points: 12 points
In stock
+

Penulis: Aman Wan
Pelukis: Kirinlukis
Penerbit: Iman Publication
Tahun Terbitan: 2023
Bahasa: Bahaasa Melayu
ISBN: 9789672459828
Bil. Muka surat: 108 m/s
Format: Paperback
Harga: RM12.00
Berat: 0.1kg

Sinopsis

“Satu bulan? Lamanya!”

Papa dan Mama akan pergi ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji selama tempoh sebulan. Kata Papa,ibadah haji ialah bukti yang kita mampu berkorban untuk Allah. Mereka perlu korbankan wang, masa, tenaga,dan juga berjauhan dengan keluarga tersayang.

Aichan juga rasa sedih untuk berpisah dengan Papa dan Mama.

Sepanjang ketiadaan Papa dan Mama, Aichan dan kakaknya Sarah akan tinggal di kampung bersama Tok Nek yang garang. Tengok wajahnya yang bengis pun sudah sangat menakutkan!

Apa saja yang Aichan lakukan, pasti kena marah. Tak boleh bising. Tak boleh main. Tak boleh semuanyalah...

Oh, ini bukan kampung, ini penjara!

Bermulalah kisah dua anak kecil dan seorang nenek yang menakutkan. Apakah yang Aichan akan belajar ketika tinggal di kampung bersama Tok Nek?

Komik Aichan mengisahkan seorang gadis cilik yang baru mempelajari Islam daripada keluarga barunya. Dalam buku ini, Aichan akan pelajari tentang haji dan menghormati orang tua.

No reviews found