AL-KISAH (ZAINAL RASHID AHMAD) [NUSA]

Write a review
RM30.00
Ask a question
Price in points: 30 points
In stock
+

Kumpulan cerpen Alkisah memuatkan 30 buah cerpen terbaik Zainal Rashid Ahmad sekitar dua dekad pengkaryaannya bermula pada dekad 1990-an sehingga kini. Zainal Rashid Ahmad ialah nama yang tidak asing dalam dunia kesusasteraan Malaysia. Zainal menerima puluhan anugerah sastera peringkat dalam dan luar negara. Pengalaman Zainal dalam dunia kewartawanan dan penyiaran membawa beliau mengembara ke seluruh dunia. Zainal telah ebkerja di sebahagian besar media penyiaran di Malaysia. Pengalaman Zainal yang sangat luas ini memberikan keistimewaan penulisan yang tiada kepada penulis lain.

Alkisah adalah himpunan cerpen-cerpen yang unik dengan tajuk-tajuk yang hanya wujud di tangan penulis yang bernama Zainal Rashid Ahmad. Cerpen-cerpen Zainal adalah gabungan antara realisme magis dan urban legend. Sempadan antara kenyataan dan fiksyen dikaburkan dalam cerpen-cerpen Zainal, sehingga pembaca menemukan lambang-lambang dari dunia bawah sedar mereka muncul berdiri bersama dunia kenyataan hidup mereka sehari-hari. Melalui gaya penulisan yang bermain dengan unsur komik, Zainal melahirkan pemikiran-pemikiran besar tentang budaya, masyarakat dan politik.
---
Haji Zainal Rashid bin Ahmad (Jawi: حاج زين الرشيد بن احمد; lahir 30 Jun 1967) adalah seorang penulis sastera yang juga merupakan seorang wartawan dari Malaysia. Beliau telah memenangi 38 anugerah sastera dan terkenal sebagai wartawan Malaysia yang pertama berjaya menyelinap masuk dan merakamkan keadaan umat Islam di negara Israel dan Palestin melalui sebuah dokumentari pada tahun 2005. Beliau pernah menjawat jawatan Naib Presiden Kanan Jualan Media di TV AlHijrah dari tahun 2014 hingga ke 2019.

No reviews found