Save 20%

RISALAH AHKAM, Haji Mohd Saleh Haji Ahmad (P.ULAMA)

Write a review
Old price: RM30.00
RM24.00
You save: RM6.00 (20%)
Ask a question
Price in points: 24 points
In stock
+

BIODATA PENULIS Penulis buku ini , Haji Mohd . Saleh Haji Ahmad dilahirkan pada 5 Julai 1947 di Permatang Sungai Dua , Kepala Batas , Seberang Perai , P. Pinang Mendapat pendidikan awal di Taiping , Perak . Kemudian menyambung pengajian menengah di Pondok Gajah Mati , Pendang Kedah ( 1959-1966 ) . Selepas itu bertukar ke Madrasah Irsyadiah Batu 26 , Bagan Datuk , Perak ( 1967-1968 ) , Berikutnya ke Maktab Pengajian Islam , Kota Bharu , Kelantan ( 1969 ) , selepas itu beliau menyambung pengajian ke Fakulti Syariah dan Undang - undang , Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan ( YPTIK ) , Nilam Puri , Kelantan ( 1970-1974 ) . Beliau mendapat Sarjana Muda Syariah dan Undang - undang pada tahun 1974 daripada YPTIK . Beliau dihadiahkan biasiswa oleh kerajaan Kelantan untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti al - Azhar . Sekali lagi beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda Syariah ( Bsy ) pada tahun 1976 , seterusnya Ijazah Sarjana ( MSy ) dalam bidang Al - Fiqh Al - Muqarin pada tahun 1978 . Sekembalinya ke tanah air , beliau memulakan kerjayanya sebagai pensyarah di Fakulti Syariah dan Undang - undang ( YPTIK ) ( 1979-1981 ) . Apabila Universiti Malaya mengambil alih YPTIK pada tahun 1981 , beliau meneruskan tugas sebagai pensyarah di Fakulti Syariah , Akademi Islam , Universiti Malaya . Kemudian beliau dinaikkan pangkat ke jawatan Prof Madya pada 29 Jun 1996. Dalam tempoh berkhidmat di UM beliau pernah memegang jawatan Penyelaras Program Pendidikan Islam , Timbalan Dekan Fakulti Syariah , Dekan Fakulti Syariah , Ketua Jabatan Fiqh dan Usul ( Bahagian Pengajian Syariah ) Akademi Pengajian Islam , Universiti Malaya . Perkhidmatannya dengan Universiti Malaya berakhir pada 27 Julai 2004 . Beliau aktif memberi kuliah dan ceramah di masjid - masjid , seminar - seminar dalam dan luar negara seperti Singapura dan Brunei . Sebagai pengiktirafan di atas ilmunya , beliau telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Syariyyah ( fatwa ) negeri Perak Darul Ridwan , AJK Perundingan Hukum Syarak W. Persekutuan , Selangor dan P. Pinang , Ahli Panel Kajian Syariah JAKIM , Ahli Lajnah Syarial Koperasi Belia Islam Malaysia , Koperasi Muslimin Malaysia Berhad , Koperasi Al - Hilal Malaysia Berhad , Ahli Jawatankuasa Majlis Kebangsaan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia ( PERKIM ( 1999-2004 ) , Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak Darul Ridzuan . ( 2000-2005 ) , Panel Angkatan Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Selangor Darul Ehsan ( 2001-2004 ) , Ahli Majlis Pengawasan Syariah Bank Rakyat ( 2000-2004 ) , Ahli Jawatankuasa Kajian Undang - undang Keterangan , Institut Kefahaman Islam Malaysia ( IKIM ) ( 2002-2005 ) , Ahli Majlis Pengawasan Syariah Bank Muamalat ( 2002-2006 ) , Pensyarah Sambilan Program Tafaqquh Fi al - Din : 1. Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia ( KSM ) ( 2002 hingga sekarang ) 2. Untuk Pegawai - pegawai Tadbir Agama Islam Perak anjuran Jabatan Mufti Perak

No reviews found