PENULISAN SEJARAH : Siri Pengajian Sejarah. Oleh Ishak Saat. [Utusan]

Write a review
RM18.00
Ask a question
Price in points: 18 points
9789676122834
In stock
+

Tradisi menulis merupakan budaya yang diwarisi oleh hampir keseluruhan bangsa yang wujud di dunia ini. Ia menjadi satu aktiviti yang perlu dihidupkan sepanjang hayat. Melalui satu aktiviti yang perlu dihidupkan sepanjang hayat. Melalui pembudayaan penulisan maka sesuatu bangsa itu dapat mengetahui peristiwa silam yang berlaku. Justeru, dapat dipelajari baik buruknya sesuatu kejadian yang telah berlaku. Oleh itu, ia boleh dijadikan teladan dan pengajaran kepada generasi kemudian.


Menyedari hakikat ini, buku yang berjudul Penulisan Sejarah yang terdiri daripada tujuh bab ini diketengahkan buat tatapan para pembaca. Apa yang disentuh dalam ketujuh-tujuh bab dalam buku ini ialah cara penulisan sejarah yang lebih baik, berkesan dan mengikut kaedah yang terbaik sebagai panduan kepada para penulis atau pengkaji dalam menghasilkan catatan sejarah untuk tatapan generasi seterusnya.


Buku ini sesuai untuk tatapan para penuntut IPT, pendidik dan bakal pendidik di institut pendidikan, kolej pendidikan dan profesional serta para penulis dan pengkaji sejarah. Bahkan, buku ini juga sesuai untuk dibaca pelahar sekolah dan sesiapa sahaja untuk menambahkan pengetahuan dan ilmu di dada.

No reviews found