PADA SUATU NAMA OLEH BADROL AWANG [UTUSAN]

Write a review
RM25.00
Ask a question
Price in points: 25 points
9789676127242
In stock
+

Menghimpunkan sembilan buah cerpen, sembilan buah puisi dan dua buah rencana yang telah diangkat sebagai pemenang HSKU 2013. Cerpen-cerpen yang termuat dalam antologi ini merupakan hasil seni penulisan pengarang daripada pelbagai peringkat umur, latar dan kerjaya.

     Ketukangan seni sastera terserlah dalam karya-karya yang terhimpun dalam antologi ini. Penggemblengan sarana sastera secara kreatif dalam penukilan karya membangkitkan subjek yang diketengahkan lewat karya, seperti isu keruntuhan akhlak, kerapuhan ikatan entiti dalam institusi kekeluargaan dan krisis nilai agar karya dapat berperanan sebagai wadah membangkitkan kesedaran masyarakat.

     "Pada Suatu Nama", karya yang menjuduli antologi ini mengisahkan tentang ancaman anasir luar terhadap pandangan budaya dan pegangan akidah. Ancaman ini dihadirkan dalam bentuk pemindahan ilmu secara penterjemahan perkataan dan istilah secara harfiah, bukan dengan makna literal.


KANDUNGAN:

Laporan Panel Penilai Kategori Cerpen, Puisi dan Rencana Sastera

CERPEN

  1. Bahtera di atas Daratan - Wan Marzuki Wan Ramli
  2. Ikan Aya Nasi Dagang - E Pian Propoul
  3. Kayu Hulu Kapak - Roslan Hanafi
  4. Manisnya Rambutan Kampung - Zahari Affandi
  5. Misbach - Saifullizan Yahya
  6. Orang Laut Selatan - Zainal Rashid Ahmad
  7. Pada Suatu Nama - Nazmi Yaakub
  8. Pendekar Si Pencampung Rasa - Abang Median Abang Said
  9. Tetamu - Hafizah Iszahanid

PUISI

  1. Berbagi Puisi - Ainunl Muaiyanah Sulaiman
  2. Membilang Lolong Menumpah Ratap - Jusoh Ahmad
  3. Menjadi Malam - Hilmi Rindu
  4. Nota Renyuk kepada al-Assad II - Fahd Razy
  5. Orang Muda dengan Laut - Zurinah Hassan
  6. Perang - Husna Nazri
  7. Sekuntum Mawar di Taman Al Mubarak - Shamsudin Othman
  8. Senaskhah Maruah - Mohd Zizee Setapa
  9. Silam Pernah Kaku - A. Aziz Deraman

RENCANA SASTERA

  1. Komunikasi antara Penulis, Pembaca, dan Pengkritik - Md Ishak A. Rahman
  2. Sarawak Pilihan Ken Zuraida - Rudi Affendi Khalik

No reviews found